Wednesday, April 4, 2007

Kitab Terjemahan Al Azkar

Kitab ini karya Al Imam Al Nawawi.

Diterbitkan oleh Pustaka Antara Sdn Bhd. Cetakan Ogos 2000.

Kitab yang diterjemahkan oleh MTH mengandungi 837 muka surat.

Kitab ini sangat penting bagi seorang muslim yang ingin mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, apatahlah ia disusun oleh seorang ulama' yang alim dan zuhud; Syaikhul Islam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf An-Nawawi.

Kitab ini dimulakan dangan fasal niat dan disudahi dengan fasal istighfar.

Kandungan kitab ini dipenuhi dengan kumpulan zikir untuk diamalkan bagi seorang muslim dalam sepanjang perjalanan hidupnya menuju kepada Allah S.W.T. Bermula dengan zikir bangun dari tidor, seorang disentiasa berhubung dengan Pencipta melalui zikir-zikir yang ma'thur sehinggalah dia kembali kepada Allah S.W.T.

Tulis Imam An Nawawi; " InsyaAllah dalam kitab ini akan kulengkapi dengan hal-hal penting yang ada kaitannya dengan ilmu hadis, fikah, latihan jiwa, adab dan beberapa kaedah yang dianggap perlu diketahui bagi mereka yang suluk untuk diketahui..."

Ada juga fasal-fasal yang membicara persoalan fikah dan bacaan doa yang melengkapkan lagi kitab ini untuk menjadi rujukan kepada setiap muslim yang ikhlas mengejar keredhaan Ilahi.

Sekian.

No comments: